Posts

Adakah ikan ini yang diceritakan dalam surah Al-Kahfi?

Image
Amat sukar rasanya berfikir dengan logik akal bagaimana ikan mampu hidup tanpa air. Apa yang kita pelajari disekolah habitat ikan adalah air. Tetapi Ikan Lungfish (Protopterus Sp), adalah ikan yang disahkan mampu hidup berhibernasi di darat, hidup tanpa air. Adakah Ini ikan yang diceritakan dalam surah Al-Kahfi? Lalu Musa berangkat bersama murid sekaligus pembantunya iaitu Yusya. Ketika keletihan, mereka berdua memutuskan untuk berehat sejenak. Waktu itu, ikan yang dibawa olehnya tiba-tiba meronta lalu jatuh ke dalam air. Dan ikan itu kembali ke laut dengan cara yang aneh. Yusya yang Ibnu Abas menceritakan bahwa ia mendengar sabda Nabi Muhammad ketika Allah menanyai Musa siapakah yang paling berilmu. Musa menjawab bahwa ia yang paling berilmu. Mendengar jawapan Musa, Allah meminta ia pergi untuk menemui hamba-Nya yang soleh yang lebih berilmu daripadanya, dengan membawa seekor ikan dalam wadah. Allah bersabda kepadanya, bila nanti ikan itu menghilang, maka di situlah Musa akan bertemu

Betul ke Ikan keli makanan paling kotor di dunia

Image
Sebelum ini tersebar di laman sosial kononnya ikan keli merupakan ikan paling kotor di mana viral berkenaan mengatakan ia adalah merupakan kajian daripada pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Berikutan penyebaran berita berkenaan, orang ramai dilihat mula meragui kebersihan ikan berkenaan yang menjadi makanan kegemaran rakyat Malaysia. Jabatan Perikanan Malaysia(DOF) telah tampil menjawab persoalan ini di mana mereka dilihat menafikan berita yang disebarkan tersebut. Menurut DOF, tiada kenyataan di laman web WHO seperti yang didakwa oleh penyebar berita tersebut dijumpai, ini kerana penyebar berita berkenaan katanya menjadikan WHO sebagai rujukan. Selain itu, sehingga kini tiada artikel saintifik,rujukan kertas saintifik atau laporan saintifik mengenai penentuan bilangan sel kanser dalam ikan keli atau mana-mana ikan dari aspek keselamatan makanan. Mengenai ikan keli diternak dengan 'hormonal feed that are filled with steroids and other fattening chemicals' seperti yang didakwa,

Petua penting masa nak keluar mancing udang

Image
Keluar Rumah Berniat untuk pergi memancing pastikan kita terus ke tempat yang dituju dan jangan singgah mana-mana. Inilah lambang kesungguhandan 'kelurusan' terhadap niat untuk memancing. Posisi Memancing Duduklah dengan sopan dan mengadap kiblat. Pesan orang tua-tua kita ikut je la. Jangan Bercakap-cakap Ini adalah pesanan orang tua-tua dahulu kalau memancing janganlah bercakap-cakap melainkan kata-kata yang berfaedah sahaja. Perkara yang baik dan berfaedah semua makhluk suka (termasuk udang). Kata-kata Adalah Doa Oleh yang demikian tanamlah keyakinan positif kita akan mendapat hasil yang memuaskan dan jangan berkata udang tiada, tak dapat dan seumpamanya. Jika ditanya udang ada ke takda? Ada.. Banyak……(doa). Jaga Adab Janganlah menyumpah-nyumpah dan marah-marah sebab tak dapat hasil dan sebagainya. Semua makhluk akan lari (termasuk udang). Hormatilah Udang Janganlah dicampak-campak dan yang seumpamanya, kemungkinan susah nak dapat udang pada masa akan datang. Jangan Tertipu P

Tips WAJIB ketika pancing Udang Galah

Image
Tips yang hendak diturunkan ini berdasarkan pengalaman sendiri : "Ada udang, ada buaya". Itu adalah lumrahyang biasa diperkatakan oleh pemancing udang galah. Bukan apa , ini untuk memastikan pemancing sentiasa berhati-hati dalam apa jua keadaan. Pancing / Jorang Batang pancing / jorang hendak lah lembut dan mudah melentur. Kalau dulu kita orang gunakan ranting buluh duri / buluh minyak / buluh pelenting (sejenis buluh kecil - biasa dijadikan pancing di kampung). Kalau zaman cyber ini pakai jorang yang panjang 3-3.5 kaki, dengan kekuatan 4-10ib. Pancing sepanjang ini amat sesuai sekali memancing menggunakan boat / sampan. Kalau memancing tebing gunakan pancing / jorang panjang sedikit iaitu 4-4.5 kaki, dengan kekuatan 4-10 ib. Tali utama Gunakan tali yang berdiameter halus supaya dapat merasai kenikmatan memancing udang galah. Korang hanya perlukan tali yang berukuran 10-15 paun sahaja untuk tali utama. Perambut Mata Tali perambut mata kail hendaklah lebih halus dari tali utam

Ada udang ada Buaya

Image
MEMANCING udang galah di sungai semula jadi atau sungai lama cukup menyeronokkan disamping memperoleh tangkapan udang yang banyak, berada persekitaran sungai sebegini sangat mendamaikan. Namun, adakah kita tahu udang galah dan buaya berkongsi habitat dan pepatah lama ada menyebut di mana ada udang galah di situ ada buaya. Tip di sini, apabila kita menjumpai lubuk yang berjaya menaikkan udang yang banyak, kita dinasihatkan agar tidak berada terlalu lama dekat lubuk di situ. Dikatakan lubuk yang mempunyai udang galah yang banyak kebarangkalian didiami buaya yang berdekatan dengan lubuk udang ini. Ini mungkin membahayakan diri yang mungkin menjadi sasaran serangan binatang pemangsa ini. Pada kebiasaannya jika ada udang galah maka akan ada buaya, ini adalah betul hasil kajian dimana udang galah tersebut mencari makanan di badan buaya yang berlumut dan kekotoran yang melekat. Kesimpulan disini adalah janganlah kita membawa makanan berasaskan daging kerana buaya amat sensitif dengan bau-baua

Cara memilih Joran dengan tepat

Image
Joran pancing mempunyai  bermacam-macam jenis kegunaannya untuk teknik memancing ikan. Antara kriteria untuk memancing ikan laut dengan ikan air tawar sangatlah berbeza. Untuk kriteria joran pancing yang kuat, kita harus faham dengan berbagai macam teknik memancing dan kegunaan cara memancingnya. Seperti kriteria untuk memancing ikan laut diperlukan banyak syarat atau kriteria tertentu, sedangkan untuk kriteria memancing ikan air tawar mungkin tidak banyak kerenahnya seperti kriteria memancing ikan laut. Kalau kita sudah faham dengan cara memilih fungsi dan kegunaannya..... sekarang kita boleh menentukan standard kekuatan dengan yang kita inginkan. Standard bahan yang umum dipakai untuk joran pancing yang kuat : Komposit Karbon dengan Fiberglass. Komposit Graphit dengan Fiberglass. Komposit Graphit dengan Karbon + E-glass. Sifat-sifat bahan untuk alat pancing : Karbon, adalah bahan atau material mempunyai sifat ringan, padat dan  kuat. Fiberglass, adalah bahan yang mempunyai sifat ela

Ikan Puyu spesis pembunuh?

Image
SPESIES ikan ini sememangnya istimewa kerana ia boleh bergerak di atas permukaan tanah kering, memanjat pokok dan 'mencekik' haiwan pemangsa yang cuba memakannya. Ikan air tawar digelar climbing Perch atau puyu berbahaya ini mampu bertahan selama beberapa hari atau minggu di atas permukaan darat kerana mempunyai organ pernafasan. Apabila cuaca terlalu kering, ia akan masuk ke dalam lumpur untuk terus hidup malah ikan tersebut juga boleh hidup di dalam air masin lapor Daily Mail. Jabatan Pertanian dan Perikanan Australia melaporkan ia bergerak di atas permukaan tanah dengan menggunakan siripnya. Bagaimanapun, kajian terbaharu mendapati spesies ikan pembunuh itu telah menghampiri Selat Torres dan kehadirannya di perairan itu telah mencetuskan kebimbangan banyak pihak. Saintis di Universiti James Cook, Dr Nathan Waltham percaya spesies ikan berasal dari Papua New Guinea itu akan menjadi ancaman terbesar kepada hidupan liar tempatan. "Ikan tersebut berukuran antara 10 hingga 2