Posts

Showing posts from February, 2013

Gempar ! seorang ibu lahirkan kembar buaya

Image
 Penduduk di Sulawesi selatan dikejutkan dengan kelahiran kembar seorang bayi lelaki  dengan seekor buaya. Ibunya, Huda (40), mengaku ketika hamil dia mengalami beberapa kejadian  aneh. Setelah mendengar kejadian aneh itu, warga Sinjai dari berbagai desa datang ke rumah Huda dan suaminya. Warga yang datang dan melihat anak buaya yang sedang berenang di dalam bekas . "Ini yang pertama kali terjadi, belum pernah kami melihat fenomena ini. Biasanya kami hanya melihat di layar kaca dan mendengar saja, tetapi belum pernah melihat secara langsung seperti saat ini," ujar seorang warga, Risti, .  Sementara Huda, mengaku kehamilannya ini memang berbeza dengan kehamilan sebelumnya. Saat usia kandungannya mencecah bulan pertama hingga bulan ketiga, dia tidak pernah makan nasi kerana tidak merasa lapar. Saat melahirkan di rumahnya di Dusun Bontosunggu, Desa Terasa, Kecamatan Sinjai Barat, dia dibantu suaminya, Marping. Bukan bayi yang keluar, namun telur putih sebesar bola tenis. Tiba

Cara melariskan udang

Image
Udang adalah makanan kegemaran semua orang. Bangkitnya selera makan udang ini bukan hanya bergantung kepada masakannya sahaja tetapi yang paling penting adalah cara menghidangnya. Gambar di atas menunjukkan udang yang digoreng dengan cara biasa. Nampak biasa-biasa aje, dahlah udang ini digoreng biasa. Cara hidangnya juga takde. Memang sempoi dan tidak menyelerakan. Cuba lihat yang ini pulak..... Ini lagi teruk....dengan kepala dan badan bercerai. Nampak tidak menggiurkan. Anak-anak tengok pun tak menyelerakan. Jadi tidak salah kalau kita membuat sedikit hiasan pada udang yang kita goreng supaya menimbulkan mood kepada ahli keluarga kita untuk menjamah udang yang kita masak. Sekurang-kurangnya ada sedikit hiasan dan disusun dengan gaya yang menarik. Anak tentu suka.....   Kalau rajin boleh buat susun atur seperti di atas. Ambil masa sikit tapi amat berbaloi bila orang yang tersayang tersenyum melihat hidangan kita. Kalau anda terlebih rajin boleh buat bentuk seperti ini. Jangan pulak na

Siapa paling bertuah jumpa udang ini

Image
Pernahkah anda melihat udang berwarna biru keseluruhannya ? Jika anda pernah berjumpa dengan udang kara biru bermakna anda adalah orang yang paling bertuah. Ini disebabkan spesis udang kara jenis ini amat jarang ditemui. Dikatakan dalam 2 juta ekor udang kara hanya terdapat seekor yang berwarna biru. Saintis percaya warna biru ini terhasil dari pengeluaran protin melalui makanan yang dimakannya. Kelebihannya ia menjadi daya tarikan utama kerana warnanya yang biru dan menjadi spesis unik kerana jarang dijumpai. Kelemahannya ia mudah menjadi habuan pemangsanya kerana warna birunya yang begitu menonjol dan menjadi perhatian pemangsa.

Satu dalam 30 juta !

Image
Pernah kah anda melihat udang sebegini rupa ? Sekiranya anda pernah jumpa bermakna anda adalah orang yang paling bertuah. Ini kerana udang ini dipercayai 1 diantara 30 juta bilangan udang yang ada di atas muka bumi ! Udang ini dinamakan sebagai  CALICO LOBSTER. Dan untuk melihat udang ini anda perlu ke sebuah akuarium di Boston . Bentuk fizikalnya menyerupai seekor udang kara. Berwarna gelap dengan tompok kuning dan oren yang cerah. Kelihatan menarik dan amat-amat jarang ditemui ! Ia ditemui di Winter Harbor dan kini dipamer di New England Aquarium.

2013 Gaji kakitangan Awam NAIK LAGI !

Image
 Gembiranya mendengar berita tentang kakitangan awam akan naik gaji lagi tahun 2013 ni.....kalau betul selepas atau sebelum PRU 13 ni ? Berita ni aku baca di Beritasemasa.com. PM belum umum lagi tapi dengar berita ni aku dah gembira. Nampaknya kakitangan awam bakal menerima berita baik tidak lama lagi. Mungkin? Bukankah dah naik sebelum ini? Nak selaraskan lagi? Inilah yang dinamakan rezeki & berita baik 1.4 juta kakitangan awam di Malaysia. Saat-saat begini, “khidmat & komitmen” kalangan kakitangan awam amat diperlukan bagi memastikan pengurusan negara menjadi lebih baik & dalam pada masa yang sama kebajikan penjawat awam terus dibela…. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak berbesar hati di mana akan bertindak meluluskan kenaikan gaji kakitangan awam 2013 sekitar RM400 dan elaun perumahan dinaikkan kepada (antara RM350-RM450). Dan dijangka kenaikan gaji kakitangan awam + elaun perumahan (ETP) akan diluluskan pada seawal hari Khamis ini atau selewat-lewatnya awa

Sanggupkah anda minum air kencing sendiri sebagai ubat ?

Image
Sanggupkah anda minum air kencing sendiri ? Bunyinya amat menjijikkan tapi itulah yang dilaporkan dalam Kosmo Online tentang seorang penghidap kanser yang sanggup minum air kencingnya sendiri. Yang lebih mengejutkan bukan segelas tapi lima gelas sehari !! CARRIE STEELE, 53, merupakan seorang penghidap kanser yang sanggup berbuat apa sahaja. Menurut rakannya, dia pernah melakukan beberapa perkara pelik sejak dahulu lagi tetapi kali ini gelagatnya sedikit pelik bagi manusia normal kerana bertentangan dengan norma alam. Wanita pertengahan umur dari Colorado Springs, Amerika Syarikat ini bertindak meminum air kencingnya sendiri sejak empat tahun lalu. Carrie akan meminum sebanyak lima gelas air kencing sendiri setiap hari dan dia menyifatkan perbuatannya itu sebagai menenangkan.  Menurutnya, dia tidak mengalami sebarang alahan apabila pertama kali bertindak meminum air kencingnya. Carrie cuba mencabar diri kerana berasakan dia boleh melakukan perkara itu. Ibu kepada empat orang anak ini

Inilah wajah amah yang lambung bayi

Image
Inilah muka amah yang tiada sifat kemanusiaan yang sanggup melambung anak majikannya bagaikan menebar roti canai dibuatnya pada budak berusia 4 bulan. Cukup kah dengan hukuman penjara 20 tahun ? Harap-harap sepanjang 20 tahun dia menginsafi perbuatan yang telah dilakukannya dan belajar menjadi manusia ! Berita lengkap yang dikutip dari mymetro: Mahkamah Sesyen di sini, semalam, menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun terhadap pembantu rumah warga Indonesia selepas dia mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan mendera anak lelaki majikannya yang berusia empat bulan Jumaat lalu. Yuliana, 23, dari Aceh, Indonesia mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan, bergenang air mata selepas Hakim Mohd Azhar Othman menjatuhkan hukuman. Dia yang memakai baju lokap ungu didakwa menghempas dan melambung Mohamed Hareez Mohamed Zamri sembilan kali yang boleh mendatangkan kematian kepada mangsa pada jam 7.45 pagi, 15 Februari lalu di rumah ibu bapa mangsa di nombor 7, Lorong Bukit Setongkol 38, Jalan B

AWAS ! Kabel Lif boleh putus.

Image
 Isteriku pernah berkata kepada aku ketika kami pernah naik lif di pusat membeli-belah, " Lif ni selamat ke ? tak jatuh ke?". Dengan nada yakin aku katakan takkan putus punyer kabel lif ni..... Rupanya sangkaan aku meleset bila baca paper hari ini...seorang maut bila tali kabel lif putus. Dan terbukti tali kabel lif boleh putus. Lain kali aku akan pilih lif jugak bila naik. Antara petikan berita yang ku baca di mymetro, “Tragedi ini dapat dielakkan jika lif itu diselenggara secara berkala dengan baik. Saya kesal kerana isteri saya menjadi mangsa akibat sikap sambil lewa ini,” kata Rafie Johar, 37, yang kematian isteri akibat lif dinaiki di Pangsapuri Blok A25, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), di sini, terhempas dipercayai kerana kabelnya putus. Dalam kejadian jam 5 petang Jumaat lalu, mangsa, Zamelia Isharuddin, 38, menaiki lif itu dari tingkat lima bangunan didiami untuk turun ke tingkat bawah bagi mengambil wang hasil perniagaan nasi lemak yang dijalankan secara sambila

Masuk hari ke-3 pemuda jatuh Sungai Kelantan

Image
 “Saya reda tetapi berharap anak ditemui,” kata Fatimah Hussin, 45, yang setia menanti anak sulungnya, Mohd Arif Mohd Nordin, 20, ditemui selepas dikhuatiri lemas akibat terjatuh ke dalam Sungai Kelantan, kelmarin. Fatimah berkata, dia yang dalam perjalanan ke Kuala Besut, Terengganu, sebelum kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, terpaksa berpatah balik ke Kota Bharu apabila dikejutkan dengan berita itu yang dimaklumkan anak kedua, Mohd Afiq, 16.  Katanya, dia sempat melihat anaknya itu berehat di rumah di Taman Uda Murni dan Mohd Arif tidak memberitahu mahu keluar dengan rakannya. “Setiba di tempat kejadian, saya melihat anggota bomba dan penyelamat sedang mencarinya,” katanya. Mohd Arif yang juga bekas pelajar Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Kota Bharu dikatakan terjatuh ke dalam sungai itu ketika melalui pelantar besi pembinaan Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra dengan menaiki motosikal. Dia melalui kawasan itu bersama dua lagi rakan yang berjalan kaki melintasi pelantar besi itu

Terbaru Video amah lambung bayi

Image
 Terkejut semalam aku tengok Berita di Tv3 tentang seorang amah Indonesia yang melambung seorang bayi berusia 4 bulan. Timbul perasaan geram terhadap amah tersebut.....geramnya !!! Ini antara petikan berita.... Seorang pembantu warga Indonesia ditahan reman sehingga esok bagi membantu siasatan berhubung kes seorang bayi berusia empat bulan yang cedera akibat dilambung. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supt Aziz Ahmad berkata pembantu rumah berusia 24 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2010.  "Suspek ditahan sejak 15 Feb lepas. Pihak polis masih menunggu laporan lengkap daripada pihak Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan berhubung keadaan bayi lelaki berkenaan," katanya kepada Bernama hari ini. Pada 15 Feb lepas, bapa bayi itu yang berusia 42 tahun membuat laporan polis berhubung kejadian pembantu rumahnya yang bertindak melambung bayinya di ruang tamu sehingga terjatuh dan mengalami lebam-lebam di tangan dan cedera di kaki kiri.  Lelaki berkenaan

Inilah bahagian otak jahat

Image
Dr Gerhard Roth,pakar saraf dari Jerman  menemukan bagian otak yang membuat manusia menjadi jahat. Bagian itu nampak sebagai masa hitam dalam sinar X, terletak di bagian depan bawah otak. Masa hitam didapatkan pada hampir setiap pelaku jenayah. Roth menemukannya ketika mempelajari para pelaku kejahatan di Jerman yang dihukum bertahun-tahun. Kajian ini bagian dari upaya Pemerintah Jerman memahami kejahatan. Dalam kajiannya, Roth meminta para pelaku kejahatan itu melihat fielm pendek sebelum gelombang di bagian otaknya diukur. Menguraikan hasil kajian, Roth mengungkapkan, "Bila pun ada adegan brutal kotor muncul, mereka tak menunjukkan emosi apa pun. Pada bagian otak yang berkaitan dengan belas kasih dan dukacita, tak terjadi apa pun." Secara neurologis, Roth mengungkapkan bahwa perilaku jahat boleh muncul akibat beberapa sebab. Salah satu sebabnya adalah tumor. Setelah tumor diangkat, orang itu akan normal kembali seperti potensi jahatnya dicabut. "Atau orang yang defi

Susulan pemuda jatuh sungai-Usaha diteruskan

Image
  Sehingga Jam 4.00 petang tadi usaha mencari mayat pemuda yang jatuh dari Jambatan Sultan Yahya Petra ke dalam Sungai Kelantan masih diteruskan. Orang ramai masih setia menunggu jika ada sebarang perkembangan tentang pemuda tersebut. Jambatan besi itulah tempat pemuda tersebut tergelincir dengan motosikalnya.  Khemah telah disediakan untuk pihak berkuasa mencari mayat pemuda tersebut.  Trak polis yang sudah bersedia membawa mayat pemuda tersebut sekiranya mayat tersebut dijumpai. Balai polis bergerak jugak disediakan untuk kemudahan maklumat orang ramai.

Kota Bharu Jatuh Dari Jambatan

Image
Petang tadi aku ke Kota Bharu untuk cari barang di Tesco. Semasa pulang dari Tesco kira-kira pukul 7.15 malam melalui Jambatan Sultan Yahya Petra aku melihat orang ramai berhenti di seberang jalan dan melihat ke bawah ( ke dalam sungai Kelantan ). Aku tertanya-tanya apa yang terjadi ? Gambar Jambatan Sultan Yahya Petra dalam pembinaan ( ini gambar lama....masa jambatan besi belum bersambung) Sekarang ini dah bersambung untuk tujuan pembinaan jambatan Lalu aku pusing motorsikal ku dan menuju ke kumpulan orang ramai untuk mengetahui apa yang sedang berlaku. Menurut orang ramai, seorang pemuda yang menunggang motosikal telah jatuh ke dalam Sungai Kelantan. Aku tengok air sungai pada petang tadi agak deras jugak arusnya. Aku tanya bagaimana boleh terjadi. Menurut sumber orang ramai yang melihat kejadian itu, pemuda tersebut melalui jalan besi iaitu jalan pembinaan untuk membuat jambatan dengan motosikalnya. Aku terfikir macam mana dia boleh lalui jalan tersebut sedangkan jalan tersebut unt

Kenapa Meteor jatuh di Rusia

Image
Ramai yang bertanya-tanya adakah meteor yang menghentam Rusia pada hari Jumaat (15/2/2013) pagi itu adalah sebahagian dari asteroid 2012 DA14 yang sedang mendekati Bumi. Asteroid 2012 DA14 akan melintas dekat Bumi pada Jumat malam atau Sabtu pagi hari nanti. Tidak ada yang dapat memastikannya saat ini apakah satu rangkaian atau hanya kebetulan semata datangnya hampir bersamaan. Hasil analisis Badan Antariksa Eropah (ESA), dalam akaun Twitter rasmi, menyatakan bahawa hasil analisis sementara tidak ada hubungan antara meteor yang meledak dengan asteroid 2012 DA14. Namun, tidak dijelaskan secara terperinci bentuk analisisnya. Profesor astronomi dari Tomnsk State University, Siberia, Rusia, bernama Tatiana Bordovitsina sempat mengemukakan kemungkinan hubungan antara meteor dan asteroid. Dalam wawancara di RIA Novosti, ia mengatakan meteor itu mungkin pecahan asteroid, namun memerlukan penelitian lebih lanjut untuk memastikannya. Melalui laman Guardian, profesor Ian Crawford dari Birkbeck

Cucur Udang Galoh

Image
 Terasa ingin makan cucur udang. Di sini aku ingin berkongsi resepi yang mak perturunkan kepada aku. Memang best cucur udang ni.....hinggga menjilat jari. Sebenarnya udang galoh tak sesuai nak buat cucur udang sebab saiznya yang terlalu besar. Bahan-bahan • 500 gram tepung gandum  • 20 ekor udang besar (boleh lebih atau kurang-buang kepala sahaja)  • 1 mangkuk kecil tauge  • 1 mangkuk kecil daun kuchai (potong 1 inci)  • 1 biji telur  • 1 biji cili merah (hiris halus)  • 2 biji bawang merah (racik halus) • Garam secukup rasa  • 1/2 sudu teh gula  • Sedikit kunyit  • Air secukupnya  • Minyak utk menggoreng  • KUAH •  2 cawan kacang (goreng dengan minyak tanpa buang kulit hingga masak)  • 6 sudu besar cili boh (boleh lebih atau kurangkan)  • 1 biji bawang merah  • 1 biji bawang putih  • Garam dan gula secukup rasa  • Sedikit air asam jawa  • Air secukupnya  Cara-cara  Masukkan tepung, udang, tauge, kuchai, telur, cili merah, bawang merah, garam, gula dan kunyit ke dalam satu mangkuk bes

Kerang bawa Maut

Image
Fenomena laut merah yang kini melanda Sabah menyaksikan seorang lagi mangsa terkorban, menjadikan jumlah tiga kesemuanya setakat ini, dipercayai akibat memakan kerang dan lokan dibeli dari Pasar Malam Inanam, dekat sini.  Ketika mengesahkan kejadian itu, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata mangsa, 23, seorang wanita warganegara asing berasal dari Kampung Inanam Jaya itu sudah dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) di Likas pada kira-kira jam 2.55 pagi semalam. "Sampel kerang dan lokan itu telah dihantar ke Jabatan Perikanan Sabah untuk dianalisis dan keputusan masih belum diperolehi,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Puteri Umno Malaysia di sini, hari ini. Rosnah berkata semalam sahaja,  Jabatan Kesihatan Negeri menerima sebanyak 18 kes yang disyaki keracunan kerang daripada HWKKS manakala jumlah keseluruhan adalah 43 kes dengan 37 kes di daerah Kota Kinabalu dan

Tersadai di Gem Beach

Image
Entri kali ini akan memaparkan percutian Aku ke Gem Beach, Batu Rakit di Kuala Trengganu sambil meninjau-ninjau gosip tentang udang, Gem Beach ni bukanlah tempat yang nak dituju pada mulanya. Tujuan utama adalah percutian ke Trngganu, tempat lojing belum tahu kat mana....main redah aje.... jumpa tempat berkenan di hati kat situlah bermalam. Menyusuri laluan ke Trengganu melalui jalan Pantai - Tok Bali-Kuala Besut-Penarik-Batu Rakit-Kuala Trngganu.   Pusing punya pusing akhirnya , semua bersetuju untuk menginap di Gem Beach Resort. Tempat memang ok....yang penting ada kolam untuk anak-anak dan  'Udang' berenang. Pemandangan juga ok....dekat dengan tepi pantai.Kebetulan Hari tu cuaca agak berangin dengan ombak bergelora. Bendera merah telah dinaikkan menandakan Laut No Entry. Harga untuk sebilik untuk Standard Room - RM 180 ( 2 breakfast) Harga untuk Family Room - RM 270 Aku pilih yang standard room aje.....Ada 6 orang ( 3 dewasa-  2 kanak2 -1 baby )...cukup kot  ruang dengan sta