Posts
Showing posts from October, 2014
Kisah Pemancing diganggu makhluk halus
- Get link
- X
- Other Apps
Di sini dipaparkan kisah benar tentang gangguan makhluk terhadap pengail yang memancing tanpa mengenal waktu. Begitulah yang diceritakan dalam beberapa blog. Kalau bohong blog tu, maka bohonglah saya... tetapi bolehlah kisah ini dijadikan pengajaran dan hiburan anda membacanya.... KISAH 1 Kisah terjadi di muara sungai Tuaran. Menurut kawan kepada kawan saya, sesekali jika air cantik, berbondong-bondong ikan gelama atau ikan putih masuk ke muara dan pengail yang bertuah akan dapat menaikkan berpuluh-puluh ikan yang datang secara bermusim itu. Dan kejadian usikan yang akan saya ceritakan ini berlaku semasa air cantik sehingga ikan yang dipancing sungguh banyak sekali. Saya sengaja tidak mahu mendedahkan identiti pemancing kerana tidak mahu orang yang terlibat merasa malu. Pemancing A telah bertandang ke muara Tuaran dengan berbekalkan udang hidup dan sedikit ikan basung sebagai umpan. Sejak memulakan pancingan pada jam 4.00 petang, tiada sebarang ikan mencuit umpan buat 2 jam pertama.