3 Misteri helikopter meletup yang perlu dijawab segera
Sususlan insiden kemalangan helikopter yang membawa Tan Sri Dr. Jamaludin Jarjis meletup di udara telah menjadi misteri dan bualan rakyat jelata. Terdapat 3 Misteri perbualan yang perlu dijelaskan kepada rakyat: MISTERI 1: MUSTAHIL HELIKOPTER TERHEMPAS DI UDARA Kemungkinan helikopter AS365 N2 Dauphin meletup di udara adalah mustahil kerana pesawat tersebut dilengkapi dua enjin yang jika salah satunya tidak berfungsi, helikopter tersebut masih boleh terbang menggunakan enjin satu lagi. Ketua Seksyen Penyelidikan dan Inovasi Universiti Kuala Lumpur-Institut Teknologi Penerbangan Malaysia (UniKL-Miat), Prof. Madya Kapten Dr. Mohd. Harridon Mohamed Suffian menyifatkan laporan yang mengatakan helikopter tersebut meletup di udara adalah agak janggal untuk terjadi. Katanya, sekalipun kedua-dua enjin tersebut tidak berfungsi, juruterbang helikopter tersebut boleh menggunakan sistem ‘auto-rotation’ yang membolehkan pesawat tersebut mendarat secara ‘melungsur’ dan bukan menjunam. “Kita harus me