Posts

Showing posts from April, 2016

Histeria....Ini puncanya.

Image
Cerita SEBENAR Sekolah Ini TERBONGKAR. Pelajar Kena Histeria Buat Pendedahan MENGEJUTKAN !!! | Usaha menghalau makhluk halus di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 2 belum berhasil hari ini apabila masih kedengaran jeritan mereka yang histeria. Wartawan dan jurugambar yang berada di pintu masuk sekolah, yang dilarang masuk, terkejut dengan jeritan dan raungan dari kawasan sekolah, lapor portal Star Online. Sekolah ini dilaporkan mengambil cuti Khamis lalu untuk meredakan ketakutan pelajar setelah lebih 100 pelajar dan guru diserang histeria minggu lalu. Pengamal perubatan Islam dan bomoh Cina juga dipanggil untuk meredakan keadaan, lapor portal itu lagi. Sesi bacaan al-Quran dan berdoa turut diadakan tetapi apabila sekolah dibuka semula hari ini, histeria masih berlaku. Minggu lalu, akhbar Kosmo! melaporkan lebih 50 pelajar dan beberapa guru diserang histeria kerana didakwa terlihat makhluk halus sejak Isnin. Satu sumber di Jabatan Pendidikan Kelantan dipetik sebagai berkata ki

Cara untuk hindari Mabuk Laut.

Image
Bagi kita yang mula-mula nak berjinak dengan aktiviti memancing di laut pasti tidak akan terlepas dengan Mabuk laut. Malah yang biasa dengan laut pun kadang-kadang terkena mabuk laut. Mabuk laut akan membuat mereka yang sensitif tidak mampu bangun dari tempat tidur selama berada di atas kapal. Mabuk laut sebenarnya tidak sykar diatasi. Dalam banyak kes, mabuk laut dapat dikurangi dengan hanya berpindah tempat dan mencari bagian kapal yang mengalami sedikit gerakan (bagian tengah kapal). Tapi kalau guna bot kecik....nak cari mana bahagian yang sedikit gegarannya? Berikut merupakan beberapa penyebab mabuk laut. 1. Visual Salah satu penyebab utama mabuk laut adalah visual (pandangan). Visual terjadi ketika mata melihat sebuah objek yang dianggap tidak bergerak, sementara indera di telinga bagian dalam merasakan gerakan. Akibatnya, otak menjadi bingung kerana tidak melihat ada benda yang bergerak namun indera lain merasakan adanya gerakan. Konflik persepsi ini penyebab rasa mual. Cara terb

Suka tengking anak, ini kesannya....

Image
Anda suka tengking anak anda ? Tahu tak apa akibatnya sekiranya anda suka menengking anak anda? Apa kesannya terhadap anak anda? Nak tahu.....

Koleksi Kolam Ikan hiasan rumah.

Image
Dapatkan pelbagai rekaan kolam ikan rumah sebagai sumber ilham. Tidak kira anda menetap di rumah banglo, teres, flat, kampung , kondominium dan seumpamanya , anda boleh menghasilkan kolam ikan sendiri. Pilih salah satu koleksi di bawah mengikut budget dan persekitaran rumah kediaman anda :-

Remaja Jual Jem jadi jutawan

Image
KIsah ini bukan rekaan, tetapi benar di mana seorang remaja menjadi jutawan hanya dengan menjual jem.... Kisah ini berlaku di luar negara dan kita boleh jadikan sumber inspirasi dimana ada usaha pasti membuah kejayaan. Pada usia seawal 14 tahun, seorang remaja yang bernama Fraser Doherty telah mula mencipta jem buatan sendiri menggunakan resipi neneknya. Jem itu kemudiannya dijual kepada jiran-jiran beliau di sekitar Edinburgh, Scotland. Pada umur 16 tahun, dia sudah pun mewujudkan permintaan yang besar dan mula memasarkan jem resipi sendiri dengan meletakkan jenama tersendiri iaitu "SuperJam." Perniagaan meningkat dengan sangat baik sehingga dia berhenti sekolah untuk bekerja sepenuh masa. Lama-kelamaan, beliau dihimpit oleh rangkaian pasar raya terkemuka di UK pada sekitar tahun 2007. Beliau berjaya memasarkan produk 'Superjam' di hampir 200 kedai. Ia dipanggil 'super' kerana diperbuat daripada 'superfruits' seperti cranberry, beri biru, dan jus buah

Teknik menangkap ikan tanpa joran

Image
Biasanya bila disebut aktiviti menangkap ikan, maka kita akan terfikir terus pada joran atau mata kail. Terdapat beberapa teknik lain yang kita boleh gunakan selain joran atau guna mata kail. Antaranya..... 1. Menangkap guna tangan. Menangkap ikan dengan tangan dapat dilakukan pada perairan cetek seperti di sungai kecil. Pengertian menangkap ikan dengan tangan menjadi meluas dalam istilah memancing iaitu tanpa menggunakan joran. Saat mancing di laut, menangkap ikan dengan cara ini kerap digunakan untuk jenis memancing dasar laut (bottom fishing). Di Amerika menangkap ikan trout dan ikan salem di sungai-sungai berair cetek dapat dilakukan dengan tangan (trout tickling). Pada perairan laut mengumpulkan kerang dengan menggunakan tangan dapat dilakukan dengan cara menyelam. 2. Mengguna Tombak Menangkap ikan dengan cara menombak lebih mudah daripada dengan tangan dan cara ini sudah digunakan sejak lama oleh manusia. Ujung tombak dibuat sedemikian rupa seperti pada mata kail agar ikan yang t

Cara buat Viagra Semulajadi - Murah dan Senang

Image
Buah tembikai yang merah menyala,bukan hanya merangsang selera tetapi turut merangsang ghairah suami isteri. Para akademik di Texas Amerika Syarikat, menemui kandungan citrulline.sejenis zat yang melancarkan pengaliran darah didalam tubuh yang memberi efek seakan viagra. Citrulline berkuasa mengatasi disfungsi ereksi dan merangsang produksi senyawa kimia yang membantu merehatkan pembuluh darah. Zat ini juga baik untuk kesihatan jantung dan kekebalan tubuh apabila bereaksi dengan enzim tubuh.Selain itu,Citrulline juga mampu merangsang arginine didalam tubuh. Rangsangan arginine berupaya memicu pengeluaran nitrat oksida yang membuat pembuluh darah menjadi releks seperti efek viagra serta mengatasi dan mencegah disfungsi ereksi. Kajian baru mencadangkan bahawa tembikai mungkin menghasilkan kesan dalam tubuh sama seperti Viagra, mungkin memberi jalan kepada penawar semula jadi bagi lelaki yang menderita mati pucuk. Penyelidikan mendedahkan bahawa isi tembikai mengandungi paras tinggi asid

Bukti wujudnya Ikan Duyung.

Image
Ikan duyung merupakan makhluk air mitos dengan kepala dan badan wanita dan ekor ikan. Ikan duyung digambarkan secara meluas dalam cerita rakyat, kesusteraan dan budaya popular. Menurut legenda, ikan duyung adalah makhluk air yang memiliki kepala dan tubuh layaknya seorang perempuan dan ekor menyerupai ikan. Ikan duyung hidup di dasar laut dan dikatakan merupakan seorang puteri yang telah disumpah sebahagian anggotanya daripada paras pinggang hingga ke kaki menjadi ikan. Cerita mengenai ikan duyung wujud dalam hampir semua masyarakat di dunia. Dalam mitologi Yunani, ikan duyung dikatakan selalu menggoda para pelaut yang lalai. Sesiapa yang tergoda akan menemui ajalnya. Masyarakat Babilonia pula menyembah ikan duyung sebagai Tuhan atau dewa laut yang dikenal sebagai Ea atau Oannes. Oannes digambarkan sebagai duyung jantan. Ramai yang sudah tahu perihal mengenai makhluk mistik yang digelar ikan duyung nih. Manusia (selalunya perempuan cantik) yang dikatakan mempunyai ekor seperti ikan. Ad