Posts

Showing posts from May, 2016

Betul ke Ikan keli makanan paling kotor di dunia

Image
Sebelum ini tersebar di laman sosial kononnya ikan keli merupakan ikan paling kotor di mana viral berkenaan mengatakan ia adalah merupakan kajian daripada pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Berikutan penyebaran berita berkenaan, orang ramai dilihat mula meragui kebersihan ikan berkenaan yang menjadi makanan kegemaran rakyat Malaysia. Jabatan Perikanan Malaysia(DOF) telah tampil menjawab persoalan ini di mana mereka dilihat menafikan berita yang disebarkan tersebut. Menurut DOF, tiada kenyataan di laman web WHO seperti yang didakwa oleh penyebar berita tersebut dijumpai, ini kerana penyebar berita berkenaan katanya menjadikan WHO sebagai rujukan. Selain itu, sehingga kini tiada artikel saintifik,rujukan kertas saintifik atau laporan saintifik mengenai penentuan bilangan sel kanser dalam ikan keli atau mana-mana ikan dari aspek keselamatan makanan. Mengenai ikan keli diternak dengan 'hormonal feed that are filled with steroids and other fattening chemicals' seperti yang didakwa,

Petua penting masa nak keluar mancing udang

Image
Keluar Rumah Berniat untuk pergi memancing pastikan kita terus ke tempat yang dituju dan jangan singgah mana-mana. Inilah lambang kesungguhandan 'kelurusan' terhadap niat untuk memancing. Posisi Memancing Duduklah dengan sopan dan mengadap kiblat. Pesan orang tua-tua kita ikut je la. Jangan Bercakap-cakap Ini adalah pesanan orang tua-tua dahulu kalau memancing janganlah bercakap-cakap melainkan kata-kata yang berfaedah sahaja. Perkara yang baik dan berfaedah semua makhluk suka (termasuk udang). Kata-kata Adalah Doa Oleh yang demikian tanamlah keyakinan positif kita akan mendapat hasil yang memuaskan dan jangan berkata udang tiada, tak dapat dan seumpamanya. Jika ditanya udang ada ke takda? Ada.. Banyak……(doa). Jaga Adab Janganlah menyumpah-nyumpah dan marah-marah sebab tak dapat hasil dan sebagainya. Semua makhluk akan lari (termasuk udang). Hormatilah Udang Janganlah dicampak-campak dan yang seumpamanya, kemungkinan susah nak dapat udang pada masa akan datang. Jangan Tertipu P

Tips WAJIB ketika pancing Udang Galah

Image
Tips yang hendak diturunkan ini berdasarkan pengalaman sendiri : "Ada udang, ada buaya". Itu adalah lumrahyang biasa diperkatakan oleh pemancing udang galah. Bukan apa , ini untuk memastikan pemancing sentiasa berhati-hati dalam apa jua keadaan. Pancing / Jorang Batang pancing / jorang hendak lah lembut dan mudah melentur. Kalau dulu kita orang gunakan ranting buluh duri / buluh minyak / buluh pelenting (sejenis buluh kecil - biasa dijadikan pancing di kampung). Kalau zaman cyber ini pakai jorang yang panjang 3-3.5 kaki, dengan kekuatan 4-10ib. Pancing sepanjang ini amat sesuai sekali memancing menggunakan boat / sampan. Kalau memancing tebing gunakan pancing / jorang panjang sedikit iaitu 4-4.5 kaki, dengan kekuatan 4-10 ib. Tali utama Gunakan tali yang berdiameter halus supaya dapat merasai kenikmatan memancing udang galah. Korang hanya perlukan tali yang berukuran 10-15 paun sahaja untuk tali utama. Perambut Mata Tali perambut mata kail hendaklah lebih halus dari tali utam

Ada udang ada Buaya

Image
MEMANCING udang galah di sungai semula jadi atau sungai lama cukup menyeronokkan disamping memperoleh tangkapan udang yang banyak, berada persekitaran sungai sebegini sangat mendamaikan. Namun, adakah kita tahu udang galah dan buaya berkongsi habitat dan pepatah lama ada menyebut di mana ada udang galah di situ ada buaya. Tip di sini, apabila kita menjumpai lubuk yang berjaya menaikkan udang yang banyak, kita dinasihatkan agar tidak berada terlalu lama dekat lubuk di situ. Dikatakan lubuk yang mempunyai udang galah yang banyak kebarangkalian didiami buaya yang berdekatan dengan lubuk udang ini. Ini mungkin membahayakan diri yang mungkin menjadi sasaran serangan binatang pemangsa ini. Pada kebiasaannya jika ada udang galah maka akan ada buaya, ini adalah betul hasil kajian dimana udang galah tersebut mencari makanan di badan buaya yang berlumut dan kekotoran yang melekat. Kesimpulan disini adalah janganlah kita membawa makanan berasaskan daging kerana buaya amat sensitif dengan bau-baua

Cara memilih Joran dengan tepat

Image
Joran pancing mempunyai  bermacam-macam jenis kegunaannya untuk teknik memancing ikan. Antara kriteria untuk memancing ikan laut dengan ikan air tawar sangatlah berbeza. Untuk kriteria joran pancing yang kuat, kita harus faham dengan berbagai macam teknik memancing dan kegunaan cara memancingnya. Seperti kriteria untuk memancing ikan laut diperlukan banyak syarat atau kriteria tertentu, sedangkan untuk kriteria memancing ikan air tawar mungkin tidak banyak kerenahnya seperti kriteria memancing ikan laut. Kalau kita sudah faham dengan cara memilih fungsi dan kegunaannya..... sekarang kita boleh menentukan standard kekuatan dengan yang kita inginkan. Standard bahan yang umum dipakai untuk joran pancing yang kuat : Komposit Karbon dengan Fiberglass. Komposit Graphit dengan Fiberglass. Komposit Graphit dengan Karbon + E-glass. Sifat-sifat bahan untuk alat pancing : Karbon, adalah bahan atau material mempunyai sifat ringan, padat dan  kuat. Fiberglass, adalah bahan yang mempunyai sifat ela

Ikan Puyu spesis pembunuh?

Image
SPESIES ikan ini sememangnya istimewa kerana ia boleh bergerak di atas permukaan tanah kering, memanjat pokok dan 'mencekik' haiwan pemangsa yang cuba memakannya. Ikan air tawar digelar climbing Perch atau puyu berbahaya ini mampu bertahan selama beberapa hari atau minggu di atas permukaan darat kerana mempunyai organ pernafasan. Apabila cuaca terlalu kering, ia akan masuk ke dalam lumpur untuk terus hidup malah ikan tersebut juga boleh hidup di dalam air masin lapor Daily Mail. Jabatan Pertanian dan Perikanan Australia melaporkan ia bergerak di atas permukaan tanah dengan menggunakan siripnya. Bagaimanapun, kajian terbaharu mendapati spesies ikan pembunuh itu telah menghampiri Selat Torres dan kehadirannya di perairan itu telah mencetuskan kebimbangan banyak pihak. Saintis di Universiti James Cook, Dr Nathan Waltham percaya spesies ikan berasal dari Papua New Guinea itu akan menjadi ancaman terbesar kepada hidupan liar tempatan. "Ikan tersebut berukuran antara 10 hingga 2

Siapa tahu nama ayam ni?

Image
Comelnya ayam ni .... Spesis mana ayam ni berasal..? Ada siapa-siapa tahu nama ayam ni?

Kisah si Belangkas

Image
Belangkas ialah sejenis haiwan yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar. Belangkas mudah ditangkap di tepi-tepi pantai kerana tidak menggigit. Belangkas adalah dari famili Limulidae. Nama saintifik belangkas yang hidup di pinggir pantai ialah tachypleus gigas dan yang ditemui di kawasan paya ialah carcinoscorpius rotundicauda. Haiwan ini merupakan artropod laut yang bentuk badannya mirip kepada 'ketopong besi' tentera dan juga mempunyai ekor yang panjang dan tajam. Ia boleh mencapai saiz sehingga 51 cm (20 inci). Mana-mana anggotanya yang putus boleh tumbuh semula dan ia juga mempunyai sistem keimunan yang menakjubkan. Peribahasa dalam masyarakat Melayu iaitu 'macam belangkas' bermaksud lelaki dan perempuan yang bergerak bersama-sama ke mana-mana sahaja. Kita akan temui belangkas di laut cetek dalam keadaan berdua-dua iaitu seekor jantan dan seekor betina. Tahukah anda bahawa darah belangkas adalah berwarna biru… Tahukah anda darah belangkas dikatakan meng

Kisah Etok

Image
Tahukah anda nama saintifik untuk Etok/etak adalah Corbiculacea . Etok adalah haiwan kerang-kerangan yang menetap di kawasan air bersempadan kawasan air tawar dan air masin, namun lebih kepada kawasan sungai rendah berbanding muara yang berhampiran laut. Ia merupakan haiwan bercengkerang mollusc dwicengkerang. Ia termasuklah Corbicula fluminea dan Cyrenacea, Sphaeriacea. Bagaimana memasak Etok. Etak boleh dimasak dalam beberapa cara, antaranya gulai lemak putih, singgang, salai, dan goreng berempah. Paling popular adalah dimasak secara salai. Proses salai melalui satu proses yang panjang dengan membersih etok itu sendiri. Setelah itu, ianya akan diperap dengan bahan-bahan yang lazim seperti serai, bawang putih, halia, ketumbar dan halba yang dikisar halus. Setiap penyalai etok mempunyai bahan rahsia yang tersendiri dan ini membezakan dengan setiap penyalai etok. Sebenarnya etak ini mendatangkan khasiat yang tinggi kerana ia mampu menambahkan darah dalam badan memandangkan ianya adalah

Efek foto yang kreatif

Image
Koleksi efek gambar yang menarik hasil dari kreativiti jurufoto.

Ikan lutsinar

Image
Cuba perhatikan kejadian ikan ini... Sungguh hebat ciptaan Tuhan. Ikan transparent atau lutsinar... Didalam lautan luas terdapat pelbagai ciptaan Tuhan yang tidak ketahui bentuk dan sifatnya....ikan ini hanyalah sebahagian dari ciptaan Allah yang sungguh menakjubkan....

Ingatkan udang galah tapi.....

Image
Ingatkan jual udang galah tapi daging ular sawa..... Siap dipotong kecil-kecil... Agak-agak berapa sepotong? Ada siapa tahu ke kat mana ? Kalau tengokkan jumlah yang dijualnya....nampaknya permintaan daging ular sawa ni tinggi!

Detik cemas hilang di laut

Image
Melihat kelibat pontianak dan terjumpa sekumpulan ikan lumba-lumba adalah antara pengalaman yang mungkin tidak dapat dilupakan oleh Syahril Mohamad, 30, dan Korperal Mohd Firdaus Jalil, 34. Kedua-dua kaki pancing itu bagaimanapun tetap kuat semangat dan yakin bantuan tetap akan tiba meskipun turut diuji dengan angin kuat, selain turut melihat berlakunya pusaran air. Mereka adalah antara 12 pemancing termasuk tekong dan awak-awak yang dilaporkan hilang di Pulau Aur, Mersing, Khamis lalu(19 Mei 2016), berikutan terkandas selama tiga hari di lautan berkenaan. Berdepan detik cemas itu juga membuatkan Mohd Firdaus yang berkhidmat di Cawangan Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, menggunakan pengalaman lebih 10 tahun dalam unit beruniform itu. “Semasa mendapat tahu saluran minyak bocor dan kehabisan bahan tersebut, saya hanya mampu terdiam dan cuba bertenang sebaik mungkin dan kelebihan sebagai anggota polis, saya gunakan untuk bantu menenangkan rakan lain. “Tidak di

Pesta udang free

Image
Kejadian ini berlaku di Ipoh semalam ( 22 Mei 2016 ) Ribuan ekor udang bertaburan menutupi sebahagian laluan di Kilometer 12, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) berhampiran Gerik selepas lori yang mengangkutnya terbalik, kelmarin. Kejadian jam 9.30 pagi turut menyebabkan orang ramai mengambil kesempatan memungut udang berkenaan untuk dibawa pulang. Ketua Trafik Daerah Gerik Asisten Superintendan Muhd Zamzuri Mat Nawavi berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila lori membawa muatan udang itu hilang kawalan lalu terbabas. “Kejadian itu menyebabkan muatan udang dibawa lori bertaburan di atas jalan raya. Akibatnya ada orang awam mengutip udang berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam. Menurutnya, pemandu dan kelindan lori yang dalam perjalanan dari Terengganu ke Perak itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan serius.