Posts

Showing posts from March, 2013

Cara mengopek kulit udang dengan cepat

Image
Ada beberapa cara untuk memudahkan anda mengopek kulit udang dalam kuantiti yang banyak.  Tidak memerlukan tenaga dan bau kuat yang melekat di tangan. Gunakan beberapa cara tradisional untuk mengopek kulit udang dengan cepat.  1. Campurkan sedikit garam ke dalam semangkuk air. Kemudian randam udang selama 10 minit. Kulit udang akan terbuka dengan sendirinya. 2. Perahkan limau nipis ke dalam semangkuk air. Masukkan udang. Biar selama 15 minit. 3. Rendam udang ke dalam air panas. Biarkan seketika.

Koleksi Udang Pelik-jarang ditemui

Image
1. Udang Jenis Albino- dikatakan udang jenis ini hanya ada 1 dalam 100 juta jenis udang ! 2. Udang jenis ini diberi nama SLIPPER LOBSTER 3.Black Squat Lobster... itulah nama yang diberi kepada jenis udang ini. Ia boleh dijumpai di Laut Mediterenean dan Atlantik. 4. Udang yang kelihatan berkilat dan seolah-olah memakai topeng ini dikenali sebagai Phantom of Lobster. 5.Regal Slipper Lobster ini kelihatan menarik dan berwarna-warni 6. Blue Lobster - jarang dijumpai dikatakan udang ini hanya terdapat dalam 1 diantara 2 juta udang ! 7. Udang yang dikenali The Balmain Bug ini didapati di pantai Australia dengan kedalaman laut 20 - 500 meter. 8.Blind Furry Lobster- udang yang mempunyai bulu-bulu halus dibadannya. 9. Blue Lobster 10. Yellow Lobster - jarang dijumpai dikatakan terdapat 1 dalam 30 juta spesis udang. Udang jenis ini pernah dijumpai di Kennebec River pada tahun 2006. 11. Munidopsis Tridentate 12. Kiwa Hursita- udang jenis ini pernah ditangkap pada tahun 2005 di Laut Pasifik Selata

Hasil lumayan dengan ternak udang kara air tawar

Image
Merupakan makanan eksklusif di hotel dan restoran ternama, sajian udang kara pasti memikat selera sesiapa saja. Ia mempunyai kandungan kolesterol yang sangat rendah dan tinggi protein. Malah, harganya lebih baik daripada udang galah dan lebih berat timbangannya. Di pasaran, harga bagi yang bersaiz enam inci ialah RM60 sekilogram. Ini menjadikan udang kara mampu dinikmati harganya yang berpatutan. Itulah spesies udang kara air tawar atau Blue (Cherax quadricarinatus) atau dikenali sebagai Blue lobster dan red claw. Udang kara air tawar yang berasal dari Australia ini paling sesuai hidup di air tawar dalam keadaan pH7 ke.  Saiz matang udang ini ialah dalam lingkungan 8 inci hingga 14 inci. Bagaimanapun, oleh kerana warnanya menarik iaitu kebiru-biruan dan berbintik putih, pengguna seluruh dunia cenderung menjadikan spesies air tawar ini sebagai hiasan akuarium.   Saiz akuarium yang sesuai bagi udang kara dewasa sekurang-kurangnya berukuran 38 liter yang boleh menempatkan sepasang udang

Sungai Kelantan menyimpan udang galoh bersaiz XXL

Image
Sungai Kelantan kaya dengan udang galoh yang bersaiz besar-besar....ini buktinya... Di manakah lubuk udang galoh ini ?? Jom...kita gi cari lubuk udang galoh... Trip mencari sepit biru telah ditetapkan pada 17/3/2013 oleh geng pencari sepit biru. Bermula jam 5.00 petang pencarian bermula. Tempatnya di sekitar pesisir Sungai Kelantan. Nak sampai kat lubuk bukannya mudah kena lalui jalan-jalan kampung dan kebun-kebun kelapa. Jalan ada yang berturap ada yang masih batu jalan saje. OK dah sampai ke lubuk yang biasa aku pancing....   Macam padang ragut saje....??? Kalau perhati betul-betul dibelakang timbunan pasir tu adalah Sungai Kelantan. Apa lagi....bubuh umpan...baling terus ke lubuk sepit biru. Masa itu emas lagipun hari ini jadual padat dan masa untuk memancing pun dalam sejam lebih aje. Yang panjang tu bukan jorang udang tapi khas untuk ikan...mana tahu sambil-sambil tunggu udang naik baung besar peha ! Setengah jam pertama asyik duk tukar umpan aje...arus agak deras akibat angin ya

1001 kisah tentang cencaluk

Image
Cencaluk ialah sejenis lauk dalam hidangan tradisional Melaka. Oleh sebab ia dibuat daripada udang halus yang lebih dikenali sebagai udang geragau, cencaluk mengandungi kandungan protein yang tinggi. Kebiasaannya, udang geragau ini sukar didapati.  Di negeri Melaka, udang ini boleh didapati pada musim tertentu di Pantai Klebang, Limbongan, Tanjung Kling dan beberapa kawasan pesisiran pantai yang lain. Melaka bukan sahaja terkenal dengan kesan peninggalan sejarahnya yang menarik lagi unik, malah tidak ketinggalan juga dari segi makanannya yang amat lazat lagi menyelerakan. Apabila kita menyebut mengenai makanan yang terdapat di Melaka, pasti kita akan teringatkan cencaluk.  Mengikut kepercayaan lama yang telah menjadi kata-kata senda gurau pula, kononnya jika pada hari perkahwinan seseorang itu, hujan turun sepanjang hari, maka dikatakan bahawa mempelai suka makan cencaluk. Namun itu semua hanyalah cerita lama. Makanan ini yang suatu ketika dulu dipelopori oleh masyarakat Melayu di Me

Gila punya menu - bentuk bayi !!!

Image
Baru-baru ini, terdapat beberapa idea baru yang pelik lagi mengerikan yang mana hidangan seperti kek dan daging dihasilkan dengan menggunakan konsep bayi.  Hidangan yang benar-benar kelihatan seperti bayi betul lantas membuatkan kami berasa sedikit ngeri. Sebab apa hidangan tersebut dihasilkan dengan konsep sedemikian, tiada siapa yang tahu. Apa yang kami berharap adalah supaya tiada bayi sebenar digunakan ataupun dicederakan sepanjang pembikinan makanan tersebut. Mungkin ada yang berpendapat bahawa ini semua hanyalah idea artistik semata-mata, tetapi apa yang pasti hasilnya memang memberikan efek yang menakutkan!  Dalam pelbagai jenis bentuk kek yang boleh dipilih, kami pelik mengapa kek menyerupai bayi sebenar masih menjadi pilihan? Tidak kira apa sebabnya, rupa kek tersebut memang sukar untuk menaikkan selera makan. Sanggupkah anda memotong dan memakan kek berbentuk bayi dalam upacara menyambut kelahiran anak baru?  Sama ada anda melihatnya sebagai hasil seni ataupun ekspresi minda

(GAMBAR) Motorsikal dari kulit udang

Image
 Seorang chef di Taiwan yang dikenali sebagai Huang Mingbo telah menghasilkan sebuah hasil seni yang menarik iaitu sebuah model motorsikal dari kulit Udang Kara. Model ini sangat unik kerana memerlukan kemahiran yang tinggi dan kerja-kerja yang terperinci. Huang mingbo mempersembahkan karya hebatnya di sebuah hotel di China iaitu di Fuzhou Hotel. Hasil seni yang menarik minat orang ramai.    Terpegun melihat hasil unik ini