Gila punya menu - bentuk bayi !!!
Baru-baru ini, terdapat beberapa idea baru yang pelik lagi mengerikan yang mana hidangan seperti kek dan daging dihasilkan dengan menggunakan konsep bayi.
Hidangan yang benar-benar kelihatan seperti bayi betul lantas membuatkan kami berasa sedikit ngeri. Sebab apa hidangan tersebut dihasilkan dengan konsep sedemikian, tiada siapa yang tahu. Apa yang kami berharap adalah supaya tiada bayi sebenar digunakan ataupun dicederakan sepanjang pembikinan makanan tersebut. Mungkin ada yang berpendapat bahawa ini semua hanyalah idea artistik semata-mata, tetapi apa yang pasti hasilnya memang memberikan efek yang menakutkan!
Dalam pelbagai jenis bentuk kek yang boleh dipilih, kami pelik mengapa kek menyerupai bayi sebenar masih menjadi pilihan? Tidak kira apa sebabnya, rupa kek tersebut memang sukar untuk menaikkan selera makan. Sanggupkah anda memotong dan memakan kek berbentuk bayi dalam upacara menyambut kelahiran anak baru?
Sama ada anda melihatnya sebagai hasil seni ataupun ekspresi minda yang gila, kami ingin mengingatkan anda bahawa makanan berkonsepkan sebegini masih ada permintaannya di sebahagian daripada dunia ini.
sumber: my.entertainment.yahoo.com

Comments
Post a Comment