Posts

Showing posts from February, 2014

Kenalkah anda pada si Kaloi ?

Image
Ikan Kaloi merupakan ikan air tawar. Nama sainsnya adalah Osphronemus goramy. Ikan Kaloi berbadan leper. Ikan Kaloi mendiami sungai berair tenang, dan tasik. Makanan utamanya adalah tumbuh-tumbuhan, lumut dan juga serangga kecil seperti cengkerik, dan cacing Ikan Kaloi merupakan haiwan Omnivor. Ikan ini akan makan apa sahaja dari jenis haiwan mahupun tumbuhan. Tetapi, semakin Kaloi membesar, pemakanan Kaloi lebih menjurus kepada tumbuh-tumbuhan. Antara tumbuhan yang menjadi kegemaran Kaloi ialah daun keladi dan kangkung. Ciri-ciri ikan Kaloi: Rata-rata spesis ikan Kaloi hidup di dalam persekitaran yang hampir sama, malahan pemakanan antara semua Kaloi juga sama. Kaloi memerlukan air yang bersih dan jernih. Tumbesarannya yang lambat dan penjagaannya cerewet menyebabkan kurangnya penternak yang menternak ikan jenis ini. Atas faktor tersebut, ikan Kaloi selalunya dijual sebagai ikan hiasan berbanding ikan makanan menyebabkan harga ikan ini melambung. • Saiz maksima bagi ikan Kaloi ialah 5