Posts

Showing posts from September, 2014

Umpan apa nak guna

Image
Untuk memancing dan mendapatkan ikan, penggunaan umpan haruslah tempat dengan lokasinya. Di bawah ini diberikan beberapa cadangan penggunaan umpan yang betul. Sekiranya ada peminat yang ada nak beri cadangan penggunaan umpan boleh lah dikongsi dalam blog ini.. A. Umpan Laut Dalam Kebanyakan umpan yang digunakan disini lebih kepada penggunaan Umpan segar dan hidup. Kebiasaan sebelum melakukan aktiviti memancing , usaha mencari umpan hidup akan dilakukan dengan kebanyakannya menggunakan Apollo. Umpan Ikan Segar spt. Ikan Kembung, Selar, Tamban, Tongkol dll. Gewang (Rapala) Sotong Hidup ( Ikan Utama: Tenggeri, Jemuduk, Pari, Alu-Alu, Merah, Yu dll ) B. Umpan Air Masin (terutama bahagian Muara Laut) Udang Hidup Perumpun Tamban Wat Wat Bakau Hirisan Ikan Gewang (Ikan Utama: Siakap,Jenahak, Kaci, Tebal Pipi, Sembilang, Tetanda dll ) C. Umpan Ikan Air Tawar (Hulu-Hulu Sungai spt. Tmn. Negara) Umpan dikawasan ini lebih kepada pembacaan tentang ikan-ikan yang menjadi penghuni sesatu-satu tempat

Memancing dapat memanjangkan usia anda !

Image
 Tahukah anda aktiviti memancing dapat memanjangkan usia seseorang dari segi teorinya. Menurut pengkaji dengan mengurangkan aktiviti duduk kita dapat memanjang usia kita. Sekarang kita tahu memancing merupakan aktiviti yang memerlukan kita sentiasa berdiri ( yang duduk tu bukan memancing tetapi mengelamun !....jangan marah ! )  Gambar sekadar hiasan Mengurangkan waktu duduk dan lebih aktif bergerak bukan hanya membuat kita segar, malah juga mampu meningkatkan usia kerana DNA kita jadi lebih muda. Makin banyak waktu yang dihabiskan untuk duduk, makin pendek panjang DNA yang disebut telomer. Telomer berfungsi untuk melindungi hujung kromosom. Seiring usia, telomer akan terus memendek hingga batas tertentu. Pada batas maksimanya hingga telomer tidak mampu memendek lagi, maka sel akan mati. "Data kami menunjukkan bahwa memanjangkan telomer adalah salah satu cara untuk meningkatkan kesihatan," kata Per Sjogren,   profesor di Universiti Uppsala, Swedia. Namun   para peneliti masih

AWAS ! semua kerang di perairan Kuantan TIDAK BOLEH di makan

Image
Kuantan: Jabatan Perikanan negeri mengesahkan semua jenis kerang sekitar perairan Pelabuhan Kuantan, Tanjung Gelang, di sini, mengandungi toksin jenis `Paralytic Shellfish Poisoning (PSP)' yang boleh menyebabkan kematian. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Datuk Shafik Fauzan Sharif berkata, toksin itu dikesan menerusi pemeriksaan dilakukan Jabatan Perikanan terhadap sampel tiram di kawasan itu susulan kejadian lapan pekerja Indonesia yang mengalami keracunan makanan selepas makan tiram yang dikutip di kawasan terbabit pada 1 Ogos lalu. Katanya, keputusan yang diperoleh menunjukkan bacaan toksin PSP bagi sampel tiram berkenaan melebihi daripada standard piawaian ditetapkan iaitu melebihi 80 mikrogram (ug) bagi 100 gram. "Bacaan toksin PSP yang diperoleh bagi sampel itu adalah di antara 317 hingga 3,560 ug/100g. "Sehubungan itu, kita nasihatkan orang ramai supaya tidak mengutip atau memakan kerang-kerangan di kawasan it

10 bentuk akuarium yang anda tak akan pilih

Image
Di bawah ini disenaraikan 10 bentuk akuarium yang anda TIDAK AKAN PILIH sebagai hiasan di rumah : Disenaraikan dulu bentuk di tempat ke - 10 : Akuarium air batu Ditempat ke-9 : Sinki anda dijadikan akuarium Tempat ke-8: Sofa anda dijadikan tempat hiasan ikan......tidak kot ! Tempat ke-7: Meja kopi anda adalah akuarium ! Tempat ke-6: Tak kan anda nak tidur dengan ikan ?!! Tempat ke-5: Anda perlu bawa kemana-mana akuarium anda ...Oh No !!! Tempat ke 4:  Nak buang air ke nak bagi ikan makan ? Tempat ke-3: Agaknya berapa lama ikan boleh bertahan dalam kejutan elektrik ? Tempat ke-2: Kenapa anda tidak pilih akuarium ini jadi hiasan rumah ? Yang pastinya rekaan ini khas                      untuk stesen bas bukan rumah ! Tempat pertama : Sudah pasti anda tidak akan tiru fesyen ini !

kebaikan memakan udang

Image
UDANG telah dicap sebagai makanan laut yang mengandungi tahap kolesterol yang tinggi. Sejauh manakah kebenarannya? Pada tahun 1996, satu kajian yang dijalankan oleh American Journal of Clinical Nutrition mendapati, kolesterol yang terkandung dalam udang sebenarnya tidak mengundang ataupun memberikan kesan yang tidak baik kepada penerimaan kolesterol dalam tubuh badan. Pengarah dari Center for Human Nutrition, Universiti California-Los Angeles, David Heber yang juga penulis buku What Color Is Your Diet? Berpendapat, “Udang telah lama dikategorikan sebagai makanan yang menyumbang kolesterol yang tinggi, dan saya sendiri tidak faham kenapa? Ramai orang, termasuklah sesetengah doktor juga mempercayai mitos tersebut. Menurutnya, kandungan kolesterol yang terkandung dalam darah setelah banyak makan udang sedikit pun tidak menjejaskan kesihatan seseorang. Udang kaya dengan khasiat Omega 3, vitamin B12 dan juga niacin, selain bahan galian seperti zink, zat besi dan juga tembaga. Kolesterol yan

Udang kara pilihan hiasan akuarium

Image
SEBUT saja udang kara air tawar (Cherax Quadricarinatus), tidak ramai yang mengetahuinya. Ia tidak begitu popular. Suatu ketika dulu, ia terbiar begitu saja dan banyak bertaburan di tali air, anak sungai kecil berbatu dan menjadi penghuni setia parit sekitar sawah padi. Namun spesies itu kini sudah menjadi tarikan ramai, terutama peminat ikan akuarium sekitar Kota Bharu, Kelantan. Udang Kara air tawar kini mendapat sambutan baik sebagai udang hiasan akuarium sekali gus ia muncul sebagai pesaing utama ikan hiasan. Ini berikutan, warnanya yang cantik kebiruan serta mempunyai sepasang sepit gergasi kemerah-merahan. Malah, ia tidak ganas walaupun disatukan bersama ikan hiasan lain. Ia memang cantik dan jinak. Tetapi awas, sepitnya yang kuat mampu mencederakan jika disepit. Selain sebagai penghias akuarium, ia juga boleh dijadikan sebagai lauk hidangan. Sspesies itu dulunya mudah ditemui sekitar parit di sawah padi. Anak udang bersaiz kecil boleh dijadikan umpan pancing. Tetapi, sejak pengg

Kisah Ikan Tilapia

Image
Ikan Tilapia merupakan nama umum bagi hampir seratus spesies ikan cichlid dari puak biologi tilapiine cichlid. Tilapia mendiami pelbagai kawasan air tawar dan, sekali-sekala, habitat air payau bermula dari alur anak sungai kecil dan kolam sehingga sungai, tasik, dan muara. Kebanyakan ikan tilapia merupakan haiwan maserba dengan kecenderungan pada tumbuhan rumpair lembut dan detritus. Dari segi sejarah tilapia merupakan ikan tangkapan penting di Afrika dan Levant, dan menjadi semakin penting dalam akuakultur di sekeliling dunia . Di mana tilapia telah diperkenalkan secara sengaja atau tidak sengaja, ia semakin menjadi spesies penceroboh yang bermasalah. Antara jenis ikan tilapia adalah: • Alcolapia • Danakilia • Iranocichla • Oreochromis  JENIS IKAN TILAPIA YANG BIASA DI KALANGAN RAKYAT MALAYSIA 1. Tilapia Hitam (Oreochromis mossambicus). 2. Tilapia Merah (Oreochromis niloticus) 3. Tilapia Biru (Oreochromis aureus)   4. Nama biasa bagi tilapia berasaskan nama  cichlid Tilapia, yang dir

Kolam Jadi Wakaf

Image
Salam semua untuk peminat blog udanggaloh.....bukan setakat cerita udang tetapi pelbagai cerita menarik ! Kali ini aku nak berkongsi tentang sebuah kolam yang aku bina sendiri....lebih kurang pada tahun 2009. Hasilnya seperti gambar di bawah....keluasan lebih kurang 10 kaki x 10 kaki. Dengan pengetahuan yang sedikit membancuh simen aku tekad dan berazam untuk membina sebuah kolam ikan sendiri. Apa yang menakjubkan lagi boleh buat dua layer lagi.....air terjun ! Kosnya semua sekali lebih kurang RM 1500 termasuk pam air dalam rm 300. Penapis aku buat sendiri kat bahagian belakang. Pelbagai ikan telah aku bela dan memang memuaskan melihat ikan berenang di dalam kolam buatan sendiri.. Sapa-sapa nak belajar boleh aku bagi petua cara nak bina kolam ikan. Yang penting kolam ikan ini jangan bocor ! Mujur kolam aku tak bocor ! ada petuanya dan caranya nak bagi kolam tak bocor ! Masuklah air selama mana air tak kan kurang ! Yang timbul masalah kolam aku adalah masa nak tukar air kolam....ikan pa