Umpan apa nak guna

Untuk memancing dan mendapatkan ikan, penggunaan umpan haruslah tempat dengan lokasinya.
Di bawah ini diberikan beberapa cadangan penggunaan umpan yang betul.
Sekiranya ada peminat yang ada nak beri cadangan penggunaan umpan boleh lah dikongsi dalam blog ini..


A. Umpan Laut Dalam

Kebanyakan umpan yang digunakan disini lebih kepada penggunaan Umpan segar dan hidup. Kebiasaan sebelum melakukan aktiviti memancing , usaha mencari umpan hidup akan dilakukan dengan kebanyakannya menggunakan Apollo.
Umpan Ikan Segar spt. Ikan Kembung, Selar, Tamban, Tongkol dll.
Gewang (Rapala)
Sotong Hidup
( Ikan Utama: Tenggeri, Jemuduk, Pari, Alu-Alu, Merah, Yu dll )



B. Umpan Air Masin (terutama bahagian Muara Laut)
Udang Hidup
Perumpun
Tamban
Wat Wat Bakau
Hirisan Ikan
Gewang
(Ikan Utama: Siakap,Jenahak, Kaci, Tebal Pipi, Sembilang, Tetanda dll )

C. Umpan Ikan Air Tawar (Hulu-Hulu Sungai spt. Tmn. Negara)
Umpan dikawasan ini lebih kepada pembacaan tentang ikan-ikan yang menjadi penghuni sesatu-satu tempat.
Kelapa Sawit
Buah Neram
Ulat Sagu
Cengkerik
Ubi Kayu
Cacing Tanah
Perut Ayam
Gewang (mengilat)
( Ikan Utama: Kelah, Sebarau, Tengas, Kejor, Baung, Kalui, Kelisa dll )

D. Umpan Sungai (Lombong,Anak Sungai & Tali Air)
Katak
Cacing
Anak Udang
Pisang
Tepung & Dedak (Hong)
Roti
Anak Ikan
Hati Ayam
Telur Kerengga
(Ikan Utama: Haruan, Patin, Talapia, Rohu, Lampam, Toman, Bujuk dll)

E. Umpan Udang Galah, telah menjadi kebiasaan umum Umpan utama ialah Cacing Tanah.
Cacing Tanah
Wat-Wat
Anak Ikan Gapi
Hirisan Sotong (dipotong halus)
Anak Udang
(Tangkapan Utama: Udang Galah,tapi adakalanya mengena ikan seperti Baung, Belida, Duri dan Anak-anak Ikan Sungai)

Comments

Popular posts from this blog

JENIS-JENIS UDANG

Cara memilih Joran dengan tepat

Kenalkah anda pada si Kaloi ?