Antara Poco-Poco dengan udang ?



Perak telah memutuskan bahawa tarian Poco-poco sebagai haram.

Adakah negeri -negeri lain akan mengikut Perak selepas ini ?

Menurut Menteri Besar Perak, Datuk Sri Dr Zambry Abdul Kadir, kerajaan Perak
akan mematuhi Jawatankuasa Fatwa negeri Perak berhubung dengan
pengharaman tarian Poco-Poco. Fatwa berkenaan akan dikeluarkan
tidak lama lagi dan beliau mengharap semua pihak perlu menghormati
dan tidak mempersoalkannya.



Mufti Perak, Tan Sri Harussani berkata, Poco-Poco diharamkan kerana

ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian,

selain pemujaan roh.




Tahukah anda sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari filipina

dan bukan dari Indonesia. Ia bertujuan menarik masyarakat kristian menghadiri

upacara keagamaan mereka. Manakala pergerakannya dikatakan

menyerupai bentuk salib.




Marilah sama-sama kita fikirkan......

Jadi, yang baru nak berkecimpung dalam Tarian ini baik ubah kepada

aktiviti lain yang lebih sihat dan rileks minda....

Apa kata kita gi pancing Udang ?







Comments

Popular posts from this blog

JENIS-JENIS UDANG

Cara memilih Joran dengan tepat

Kenalkah anda pada si Kaloi ?